MODEL HUBUNG KAIT FAKTOR KESELAMATAN BANGUNAN SEKOLAH DI SUMATERA BARAT, INDONESIA

Masril, Masril (2024) MODEL HUBUNG KAIT FAKTOR KESELAMATAN BANGUNAN SEKOLAH DI SUMATERA BARAT, INDONESIA. Doctoral thesis, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

[img] Text (Disertasi Masri)
8.Disertasi MASRIL - EKA162003 09102024.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Abstract

Pembangunan infrastruktur pendidikan amat penting dalam meningkatkan sumber manusia khususnya di Sumatera Barat dan di seluruh Indonesia. Melalui agensi berkaitan, kerajaan Indonesia telah menubuhkan pelbagai peraturan untuk menangani masalah berkaitan keselamatan bangunan sekolah. Namun secara realitinya, semasa peringkat perancangan, masih terdapat pihak yang gagal mematuhi peraturan, menyebabkan berlakunya banyak insiden yang membimbangkan sepanjang tempoh operasi bangunan tersebut. Kesemua kes ini perlu dilihat secara mendalam dan ditangani secara lebih berkesan. Oleh itu, satu kajian diperlukan untuk menganalisis faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan aspek keselamatan bangunan sekolah secara keseluruhannya. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pelbagai faktor yang terlibat dalam penerapan aspek keselamatan bangunan sekolah, mengenal pasti faktor kritikal, menerangkan dan mengesahkan model hubungan antara komponen keselamatan, serta membangunkan garis panduan berdasarkan model hubungan yang dikenalpasti. Kajian ini berorientasikan kaedah kuantitatif dan konsep asas teori yang digunakan ialah beberapa rujukan dari pelbagai faktor keselamatan bangunan. Setiap langkah dalam objektif 1 dan objektif 2 melibatkan beberapa pakar pengurusan projek di Indonesia untuk pengesahan faktor keselamatan. Objektif 1 kajian ini telah mengenal pasti 24 faktor keselamatan, manakala objektif 2 telah mengenal pasti 12 faktor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai data primer yang dikumpulkan daripada sampel dan data sekunder yang diperoleh daripada literatur saintifik. Soal selidik diedarkan kepada 120 responden dan telah menerima 120 jawapan. Analisis faktor yang dijalankan melalui pemodelan persamaan struktur (SEM) telah mengesahkan kebolehpercayaan dan ketepatan semua faktor, dengan nilai Alfa Cronbach melebihi 0.7 bagi setiap faktor yang diuji. Walau bagaimanapun, melalui data pemprosesan dengan aplikasi Smart PLS, didapati terdapat 12 sub-faktor bebas yang dikecualikan kerana nilai Alfa Cronbach kurang daripada 0.70, menunjukkan faktor tidak sah. Analisis faktor menghasilkan hanya 12 sub-faktor bebas sebagai faktor keselamatan bangunan. Pada peringkat akhir, dengan melibatkan dua hipotesis dan kesimpulan analisis data yang telah mendapatkan pengesahan dari sekumpulan pakar, didapati bahawa terdapat 12 sub faktor yang sangat berpengaruh terhadap bangunan sekolah. Faktor-faktor yang telah disahkan adalah pencahayaan, bekalan air, saliran, pemasangan elektrik, pelan penilaian kecemasan, dokumentasi dan penilaian, pengurusan keselamatan bangunan, pengurusan keselamatan penghuni, perkhidmatan pembuangan sampah, pembersihan dan pemasangan perkhidmatan kebakaran. Kajian ini memperincikan Garis Panduan untuk Model Hubungan Keselamatan Bangunan Sekolah, yang telah mendapatkan pengesahan dari sekumpulan pakar. Kajian ini menyediakan satu set garis panduan yang komprehensif dan mudah diakses, direka untuk memudahkan pelaksanaan yang berkesan oleh semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembinaan bangunan sekolah di Sumatera Barat. Garis panduan ini juga bertujuan untuk meningkatkan piawaian keselamatan dan memberi sumbangan yang signifikan kepada bidang ini.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > Teknik Sipil
Universitas Muhammadiyah Sumatera Barat > Fakultas Teknik > Teknik Sipil
Divisions: Library of Congress Subject Areas > B Philosophy. Psychology. Religion > Teknik Sipil
Fakultas Teknik > Teknik Sipil
Depositing User: Unnamed user with email repo@umsb.ac.id
Date Deposited: 17 Jun 2025 02:31
Last Modified: 17 Jun 2025 02:31
URI: http://eprints.umsb.ac.id/id/eprint/3613

Actions (login required)

View Item View Item